Wednesday, January 19, 2011

Kes Rogol Berkumpulan (Seksyen 376 KK) Dijadualkan Semula


Shah Alam: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memanggil semula beberapa kes bagi menjadualkan semula perbicaraan kes-kes jenayah yang ditetapkan terdahulu jatuh pada cuti Tahun Baru Cina.

Antara yang dijadualkan ialah kes melibatkan pertuduhan rogol oleh 3 orang lelaki secara berkumpulan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan terhadap satu wanita muda di kawasan Shah Alam. Bagaimanapun hanya 2 orang sahaja di dakwa di Mahkamah. 

Mangsa yang dikatakan diambil daripada tempat kerja telah dibawa ke satu tempat didakwa kononnya telah  dirogol oleh 3 lelaki berkenaan yang kemudiannya ditinggalkan di sebuah stesen minyak.

Kedua-dua mereka diwakili peguam berasingan dan salah seorang daripadanya dikatakan ingin membuat pengakuan salah kepada pertuduhan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►