Saturday, January 8, 2011

Kes Jenayah Seksual Ditangguhkan Lagi

Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen memberikan satu tarikh akhir bagi membolehkan saksi pegawai perubatan hadir untuk memberikan keterangan. Hari ini ditangguhkan kali keempat apabila saksi berkenaan gagal hadir dan dimaklumkan berada di luar negara.

Saksi berkenaan yang kini bertukar tugas di Klang tidak menjadikan alasan jauh untuk hadir mahupun memberikan masa lapang kepada Mahkamah sebaliknya saksi patut hadir pada bila-bila masa apabila dikehendaki sedemikian. 

Dalam teguran Mahkamah kepada pihak pendakwaan, Mahkamah turut mengingatkan mengenai serahan sepina secara telus dan segera. Dalam masa yang sama Mahkamah turut mencatatkan bantahan rasmi pihak pembelaan ke atas penangguhan memandangkan kes ini telah ditangguhkan semenjak September 2010 dan 4 tarikh sebutan ditetapkan bagi membolehkan kehadiran saksi terakhir tersebut. 

Dalam teguran Mahkamah, mahkamah berharap tiada pihak akan melengahkan masa dan prosiding mahkamah baik daripada pihak Pendakwaan dan pembelaan. Malah kelengahan ini turut akan memprejudiskan keadilan kepada Orang Kena Tuduh.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►