Thursday, December 9, 2010

Abang & Lembu-Lembu di MAHA 2010

Semua budak takut nak sentuh apatah lagi nak gosok lembu-lembu yang ada berfizikal mencecah 100kg tapi dengan selamba lembu-lembu tu kena tampar dek Baihaqi

Tempohari sempat juga bawa anak-anak ke MAHA 2010 di Serdang. Menarik MAHA 2010 adalah pengunjungnya terlampau ramai dan menarik perhatian penduduk sekitar mahupun seluruh negara. Mungkin dibuat masa cuti sekolah dan dipromosikan sebagai tempat menarik dalam menghabiskan cuti sekolah anak-anak. 

Pastinya kaum ibu mula membeli seawal di khemah depan dengan banyak nurseri bunga dan tanaman renek untuk hiasan rumah. Anak-anak susah pasti mengamuk terlebih awal apabila si-belon-belon menunggu di muka ekspo.

Kami singgah seawal mungkin pada jam 10 pagi yang mana masa tersebut sudah pun jammed agak panjang. Berkat sabar kot, kami dapat parking paling dekat dengan ekspo.

Baihaqi kena chong pasal belon dan beberapa mainan, kami terus ke tempat lembu kambing pejantan. Bukan main seronok budak kampung ni tengok lembu. "Mmooooo" nak kata itulah bunyi cow. "Mbbeekk" bila sampai di kandang goat.

Dalam keghairahan si abang, penat berkejaran dalam kawasan lembu-lembu. Malah ada dua 3 kandang lembu dia nak masuk. Dah masuk sebelah kaki. Tuan punya lembu pun pening kepala tengok, budak dari mana yang tak reti takut kat lembu besar ni. Malah ada satu lembu yang seberat 70kg ditariknya tali hidung lembu tu sampai menge-moo lembu tu. Tuan lembu selamba tanya "demo mari lek mano nih!" sambil dia gelak. 

Nasib baik tokey lembu orang Kelantan dan Terengganu, dengar diorang kami speaking terus tak jadi marah si Abang Baihaqi.

Lembu yang diikat ini sebenarnya tengah ditarik  oleh Si Abang dari tepi. Kesian lembu tu menge-moo mohon belas.

2-3 jam dihabiskan hanya untuk tidak sampai 30% kawasan ekspo dengan si Abang. Penat tengahari tu kami singgah nak tengok rodeo yang didatangkan daripada Australia. Sekali lagi abang mengamuk macam-macam. Yang paling tak tahan dek kena gelak satu stadium apabila Abang turun stand dan berkejar ke bahagian belakang kuda dan lembu-lembu ganas.

Dengan selambanya dia masuk ke dalam kawasan tu. Berkejar kita mengusungnya sambil menangis minta dilepaskan. Ummi kata, orang dok ingat Abang tak berani masuk eh. Sekali bila dia curi-curi masuk ikut lubang bawah pagar, semua bantai gelak. Uichi Gaban kontrol malu.

Harap jurugambar yang ramai hari itu tak ambil gambar kejadian tersebut.

Banyak sungguh kawasan ekspo tidak dapat nak lawati sebab melayan keghairahan si Abang dan lembu-lembu kegemarannya. Yang paling menarik ialah, bila penat dan panas, Abang sudah jadi Akak!

Bertudung?
Klik sini!

1 komen:

Anonymous said...

heheheh abang!! abang!

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►