Thursday, September 30, 2010

Polis Curi Ekshibit, Hakim Lepaskan Dan Bebaskan Tertuduh Tanpa Dipanggil Membela Diri


Kuantan: Hakim Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir membebaskan seorang pemandu lori daripada pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1950 yang membawa hukuman gantung sehingga mati sekiranya disabitkan kesalahan.

Tertuduh yang ditahan dalam satu sekatan ke atas lori kontena mengejutkan Malaysia yang turut menemukan dadah bernilai RM254juta seterusnya menjadikan kes tangkapan dadah terbesar negara buat masa ini iaitu sebanyak 753 kilogram. Beliau bersama seorang lelaki masih bebas didakwa di Mahkamah Tinggi Kuantan di bawah Seksyen 39B dan 15 saksi pendakwaan telah dipanggil memberikan keterangan.

Dalam penghakiman Yang Arif Datuk Akhtar membidas pihak polis dan pegawai penyiasat yang membuat kerja sambil lewa dan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia yang tidak selaras dengan perundangan Malaysia apabila ekshibit dadah yang terlibat dalam kes tersebut dicuri oleh beberapa anggota Polis Diraja Malaysia. Yang Arif turut membidas pihak PDRM apabila individu-individu yang terlibat hanya dikenakan sekatan kenaikan pangkat dan gaji sahaja sedangkan mereka boleh ditangkap dan kenakan hukuman lebih berat melibatkan kes dadah.

Atas kehilangan barangan ekshibit tersebut, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas pertuduhan berkenaan dan Mahkamah Tinggi tiada pilihan kecuali membebaskan dan melepaskan tertuduh tanpa dipanggil membela diri.

Pembebasan tertuduh bagaimana hanya seketika apabila ditahan semula oleh pihak polis di bawah akta yang sama bagi Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985. 

Bagaimanapun sehingga kini tiada tindakan tangkapan dan pendakwaan jenayah dibuat ke atas anggota dan pegawai polis yang terlibat di dalam kehilangan ekshibit dadah tersebut. 

2 komen:

tamby said...

baru2 ni SPRM kena transfer kerja. untuung masuk gomen.

SH said...

Utusan malaysia boleh dipuji lah kot hari sebab hari masuk berita, Ketua Polis terus suruh siasat. Siap ada pegawai terlibat tapi mungkin secara tidak langsung. Tidak boleh buat spekulasi.

Cuma kalau pada berat dadah yang dicuri, 9 anggota polis tu boleh dituduh dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Samada lekat atau jelas pertuduhannya, elemen sudah cukup untuk dakwa.

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►