Friday, July 16, 2010

Perubahan Jadual & Perlaksanaan Mahkamah, Uichi Gaban Jadi Mangsa Keadaan.


Baru sekejap tadi pihak Mahkamah menelefon Uichi Gaban secara personal yang mana memaklumkan buat kali ketiga kes Uichi Gaban akan dijadualkan kembali. Perkataan "dijadualkan kembali" dah jadi terma baru dalam bahasa perundangan Uichi Gaban buat tahun 2010. Uichi Gaban sedia untuk menjalankan kes bagaimanapun biarlah anakguam lihat apa yang terjadi. Sekali lagi nak menenangkan anakguam reman bertahun yang mana kesnya masih tidak dijalankan setelah 4-5 kali ditetapkan untuk bicara.

Tetapi antara terma dan pelaksanaan perkataan tersebut adalah menjadi masalah dan beban Mahkamah dan pihak pendakwaan. Pihak Pembelaan menjadi mangsa keadaan yang mana tiada pilihan selain berserah kerana terma baru telah timbul di beberapa Mahkamah.

Tekanan yang banyak kini diberikan kepada pihak keadilan mahupun pendakwaan menyebabkan banyak perubahan demi perubahan ke atas sistem yang sedia ada. Kebanyakaannya adalah memberi kesan baik kepada sistem tetapi adakah pelaksanaannya berkesan mahupun relevan. 

Maka tekanan dilihat agak banyak menimpa sauara saudari di Kehakiman mahupun Pendakwaan. Pembelaan macam Uichi Gaban sekali lagi menjadi mangsa keadaan yang tidak ada pilihan selain mengikut arus yang sedia ada.

Melihat kepada pelaksanaan masa Mahkamah juga dilihat agak 'dipuji' oleh pihak mereka selain pihak peguam macam Uichi Gaban berpeluh lari ke sana sini mengejar masa dan tempat Mahkamah dalam usaha menyelamatkan ekonomi mahupun emosi anakguam. Ini belum cerita nak naik fee guaman macam pihak kerajaan naikkan harga barangan di akhir persidangan. Pagi-pagi dah dengar mamat UMNO membebel "setakat naik seringgit LPG pun kecoh. Lama mana dah tak naik. yang terendah pulak tu"

Kalau kata bodoh, memang judicial notice. Sebut Judicial Notice ni bodoh kita la pulak. Dah RM1, se-tong jadilah 4-5 ringgit kan.

Yang lagi tension, atas desakan dan tekanan keadilan disegerakan, banyak yang disegerakan masih perlu ditangguhkan macam yang disebutkan di atas. Kalau ingatan diberikan sebelum ini untuk meneruskan kes, maka secara tidak langsung pembelaan macam Uichi Gaban akan memberikan fokus dan melapangkan hari bicara bagi kes tersebut sahaja.

Dah dijadualkan lagi, maka seminggu yang dijadualkan semula sebelum ini akan kosong. Seminggu Uichi Gaban akan di pejabat kalau macam itu. Itu satu pembaziran masa.

Kalau begini gamaknya, rasanya nak keluar ke mana-mana buat seketika. Mencari diri yang hilang. Rajuk pada yang harimau. Lari pada Siamang..

Uichi Gaban mahu keluar bergelandangan.

2 komen:

Anonymous said...

dah la se, baik dtg umah aku makan ayam lagi aman tenteram jiwa kau..hahaha. hebat jugak bahasa peguam criminal nih..*dali*

SH said...

Kang aku pergi kang.. ekao cakap "Mention kat Melaka belum siap, nak ke Muor ni!"

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►