Friday, May 14, 2010

Keputusan Kes Rogol Ditetapkan


Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan tarikh baru untuk keputusan bagi satu kes rogol di bawah umur. Kes yang berlarutan semenjak tahun 2007 melibatkan gadis bawah umur berumur 15 tahun yang mana ditemui dan dikenali oleh OKT. Gadis bawah umur yang juga teman wanita OKT membuat laporan polis selepas ditemui bersama di dalam bilik bersama OKT oleh ibu beliau pada awal pagi.

OKT di dalam pembelaannya menyatakan secara bersumpah bahawa beliau akui berada di tempat kejadian tetapi tidak pernah melakukan apa jua hubungan seksual dengan gadis bawah umur tersebut.

Peguambela turut berhujah mengenai beberapa isu dan ekshibit bukti yang tidak pernah disiasat lanjut oleh pihak pegawai penyiasat yang turut menyokong pembelaan OKT bahawa tiada hubungan seksual dengan gadis bawah umur tersebut dan seterusnya menghujahkan penemuan pegawai kimia sel DNA sperma milik lelaki asing (1) dan juga sel DNA campuran antara mangsa gadis bawah umur tersebut dan lelaki asing (2).

Di antara hujah lain, sememangnya terdapat koyakan yang menyokong penemuan Doktor perubatan bahawa koyakan adalah melebihi 72 jam sedangkan mangsa diperiksa dalam masa 24 jam. Secara tidak langsung, mangsa sememangnya melakukan hubungan seks tetapi dengan pihak lelaki lain atau dibuktikan terdapat 2 sel DNA lelaki asing di tempat kejadian.

Turut mendapat perhatian hujahan mengenai bentuk kemaluan OKT bukanlah satu exclusive knowlegde memandangkan terdapat 2 saksi pembelaan yang secara bersumpah mengakui bahawa kesemua rakan mereka termasuk majikan dan pekerja tahu mengenai perkara tersebut.

Mahkamah menetapkan tarikh untuk keputusan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►