Friday, March 19, 2010

"Syariat Sebelum Amalan, Apa tu Cikgu?"

Selepas kursus perubatan Islam baru-baru ini, seorang berpesanlah "sebelum amalan, yang penting ialah syariat dahulukan". Maka ada Anak Gayong Uchi Gaban bertanya "syariat tu apa maksudnya"

Sebelum buka mulut, Uchi Gaban tersengih. Sebab teringat kata-kata seorang lelaki tua di Shahab Perdana (peristiwa gelandangan) "Ustaz nak mengarut dah!" Sesambil teringat ayat perlian keramat orang tua itu, Uchi Gaban dok terfikir macamana nak bagi ayat mudah bagi bebudak ini faham atau terus bagi ayat temberang saja.

Uchi Gaban buka ayat
"yang syariat itu antara kenal Fardhu Ainnya. Itu ini lengkap. Dah lengkap, upgrade jadi lebih sikit"

"yang syariat itu antara rumah dan pagar. Rumah itu kamu, pagar itu sempadan. Kuat pagar bolehlah hias rumah."

"yang syariatnya itu adalah yang wajib dan sunat mahupun sunnah didahulukan. Jangan kejar tidak bertempat."

Selaku anak Gayong yang mudah faham, mereka faham la gamaknya. Mungkin gurunya bagus (haha) atau mereka nak bertanya lagi.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►