Friday, October 23, 2009

Penyelia Kontena Dan 7 Yang Lain Dibebaskan Tanpa Dilepaskan

Mahkamah Majistret hari ini membebaskan tanpa melepaskan Penyelia Kontena dan 7 yang lain dalam satu pertuduhan mencuri kontena di sebuah kilang di Pulau Pinang 3 tahun lalu. Kes yang turut mendapat perhatian kerana melibatkan kontena kerana pada masa tersebut terdapat beberapa rompakan besar melibatkan kontena.

Kesemua 8 OKT diwakili oleh 6 orang peguam dan kesemuanya bersedia untuk menjalankan Bicara pada hari ini. Bagaimanapun pihak pendakwaan memaklumkan kepada pihak Mahkamah yang Mulia yang menyatakan hanya satu saksi iaitu anggota tangkapan yang hadir manakala kesemua pegawai polis termasuk Pegawai Penyiasat tidak menghadirkan diri ke Mahkamah hari ini.

Pihak Pendakwaan juga memaklumkan bahawa saksi utama iaitu Pengadu dalam kes tersebut tidak hadir.

OKT Pertama yang diwakili oleh Hisham Nazir memohon kepada Mahkamah yang Mulia agar kes tersebut dilepaskan tanpa dibebasnkan. Menurut beliau, hari ini ditetapkan bagi Bicara buat kali ketiga dan kesemua pihak pembelaan hadir dan bersedia termasuk beliau yang hadir setiap kali Sebutan dan Bicara daripada Kuala Lumpur.

Selain daripada itu, Peguambela turut memohon agar anakguam beliau di lepaskan tanpa dibebaskan bagi memudahkan keadilan dan pihak pendakwaan masih mempunyai peluang pertuduhan kembali sekiranya dapat memastikan kedudukan saksi utama yang dikatakan tidak pernah hadir ke Mahkamah yang Mulia.

Mahkamah yang mendengar permohonan tersebut yang turut tidak bermasalah untuk meneruskan perbicaraan pada hari ini tidak dapat membuat apa-apa atas masalah kegagalan kehadiran saksi dan sikap yang ditunjukkan adalah seperti tidak berminat di dalam meneruskan kes ini.

Atas kegagalan kehadiran saksi utama dan mengesan beliau, maka Mahkamah yang Mulia membebaskan tanpa melepaskan semua 8 OKT di dalam kes tersebut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►