Thursday, October 15, 2009

Kes Bicara Curi Kenderaan Ditangguhkan

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari menangguhkan kes perbicaraan curi kenderaan terhadap seorang pekerja am. Penangguhan ini dibuat setelah direkodkan bahawa pihak pembelaan masih lagi tidak menerima apa jua dokumen di bawah seksyen 51A Kanun Acara Jenayah.

Tambahan dalam masa yang sama representasi akan dilakukan oleh pihak pembelaan terhadap pertuduhan yang dikemukan setelah mendapat dokumen tersebut.

Representasi adalah penting dalam menengahkan beberapa isu penyiasatan dan fakta di dalam kes ini yang tidak dipandang berat oleh pihak penyiasatan sebelum membuat cadangan pendakwaan ini. Pihak pembelaaan berharap dengan representasi yang bakal dikemukan akan memberikan idea dan kejelasan kepada pihak Pendakwaan untuk mempertimbangkan representasi tersebut kelak.

Penangguhan dimohon oleh pihak pembelaan apabila diminta pandangan oleh Mahkamah yang Mulia setelah merekodkan kedudukan pihak pembelaan yang masih lagi belum menerima apa jua dokumen di samping pihak Orang Kena Tuduh (OKT) adalah di dalam jaminan.

Kes ditangguhkan dan ditetapkan perbicaraan penuh selama 2 hari dalam masa terdekat iaitu Januari 2010.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►