Wednesday, July 1, 2009

Pemandu Lori Dipenjara 7 Tahun Dan 10 Sebatan

Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dan Sebatan sebanyak 10 kali sebatan ke atas seorang pemandu lori yang dituduh di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya bermula daripad atarikh tangkap.

Menurut pertuduhan, Orang Kena Tuduh boleh dijatuhkan hukuman maksima 20 tahun penjara manakala hukuman penjara minimum bagi kesalahan ialah 5 tahun dan boleh dikenakan sebatan minima 10 rotan atau lebih.

OKT ditahan di Puchong pada tahun 2007 telah dituduh dan membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di hadapan Tuan Hakim Aslam Zainuddin.

Mahkamah yang Mulia telah menjatuhkan hukuman tersebut apabila menilai pertimbangan budibicara Mahkamah yang Mulia sebagaimana mitigasi dan cadangan yang dimohon oleh Peguambela OKT, Encik Hisham Nazir. Pendakwaan dibuat oleh Puan NorAishah Dato' Zaikiuddin.

Antara lain, peguambela menekankan tindakan kerjasama OKT serta kelakuan baik melalui pengakuan bersalah yang dibuat telah menjimatkan masa dan kos kesemua pihak.

Antara lain matlamat kerajaan agar hukuman adalah bersifat mendidik masyarakat menjauhkan jenayah dalam masa yang sama hukuman hendaklah bersifat mengubah dan mendidik OKT ke arah yang lebih baik apabila dibebaskan kelak. OKT yang kini dikatakan insaf banyak menyertai program keagamaan anjuran Penjara Sungai Buloh.

Peguambela juga berhujah bahawa pemenjaraan OKT dalam tempoh yang lama bersama penjenayah tegar tanpa sokongan keluarga akibat kemiskinan dan jarak yang jauh akan memberikan peluang kepada OKT terjebak kepada jenayah dan tiada perubahan bakal berlaku.

OKT bersama adik beliau yang hadir di galeri awam kelihatan menangis gembira dan tersenyum kepada peguambela beliau selepas Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut. Malah pihak Pendakwaan juga memberikan kata dua sebagai nasihat.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►