Thursday, May 21, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat guru-guruku di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh & MTM Panchor, Kelantan serta pensyarah-pensyarah di Fakulti Undang-Undang, UKM. Begitu juga buat guru Silat Seni Gayong saya, Ustaz Hafiz dan Cikgu Awang bin Daud Sekeluarga

Tidak lupa juga guru-guru saya dalam beberapa bidang lain seperti PakSoh, Ustaz Majid Hassan, beberapa ahli Darussyifa', Wak, Arwah Wak Rengit dan rakan-rakan saya. Jasa kalian Allah SWT jua yang membalasnya.

Saya bukan cikgu mahupun guru sekolah yang pagi-pagi mengelek buku dan beg untuk bertugas disamping bakal pemimpin negara. Saya seorang peguam yang lebih dikenali oleh para pegawai perundangan dan Orang Kena Tuduh semenjak berkecimpung dalam perundangan jenayah semenjak tahun 2004.

Seperti biasa, tak ramai yang ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada saya tetapi pertama kali saya mendapat ucapan tersebut daripada Pelatih Silat Seni Gayong (pentadbiran PSSPGM) Sekolah Pintu Geng, Kelantan pada tahun 1995.

Tahun ini masih ada ucapan sedemikian melalui email, mesej ringkas dan juga SMS. Terima kasih atas ingatan anda. Tapi saya bukan guru, cuma sekadar menjalankan tanggungjawab sosial saya dalam membantu masyarakat setempat di mana saya berada dan berpegang terus pada amanah guru-guru saya.

Masa terlalu cepat berlalu sudah 17 tahun saya berkecimpung dalam Silat Seni Gayong dan sudah hampir 14 tahun saya mengajar silat di sekolah, padang awam dan dewan-dewan masyarakat tanpa henti.

Kehebatan dan apa jua perkataan setaranya memang tidak pernah wujud di pihak saya. Tetapi saya berpegang pada amanah guru-guruku yang tidak pernah kisah apa jua asalkan tanggungjawab sosial melalui silat ini harus diteruskan.

Kata mereka; "sekiranya kamu diingati dan ilmu ini digunapakai mahupun dimiliki oleh anak muridmu. selagi itu pahala mu bergerak, sekalipun tubuh dimamah bumi"

Kata mereka lagi; "sekiranya kamu tidak mulakan, siapa akan mulakan. Biar kita memimpin, kerana itu tugas manusia selaku khalifah. Apatah lagi kamu mengaku muslim"

Kerana itu, saya masih menggagahkan diri untuk terus mendidik dan berusaha untuk menyumbang setakat mana saya mampu mengubah masyarakat saya terutama seagama dengan saya. Baik dari sudut ekonomi mahupun sosial mereka..

Alhamdullilah, nampak perubahannya dari masa ke semasa. Namun, apa yang penting kita semua mempunyai tanggungjawab sosial.

Adakah sudah kita laksanakannya secara berterusan?

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►