Malam ini kelas silat di Masjid Puchong Perdana terpaksa dibatalkan bagi memberikan laluan kepada Mesyuarat Agong Kariah masjid berkenaan. Mesyuarat Agong dikatakan bermula lambat. Tapi saya tunggu sampai jam 9.40 malam bagi memaklumkan para penjaga bahawa kelas malam ini batal. Bukan itu saya nak cerita.
Mesyuarat Agong ini amat penting kerana di dalamnya orang bergaduh pasal isu berbangkit. Program? Yang pasti yang dok gaduh dan keluarkan isu bukan orang masjid dan buat program pun. Itu pastinya Me-layu.
Semasa mesyuarat itu juga orang bergaduh soal kewangan. Mana perginya itu dan ini. Kenapa dan penting atau tidak itu dan ini. Semuanya soal duit. Mereka bukan antara penyumbang utama kepada pembangunan masjid mahupun penyumbang tetap dalam amaun besar dan berkala kepada masjid. Rasanya derma yang dok bangkit isu tersebut juga tidak mampu bayar api dan air masjid walaupun derma itu dikumpulkan sebulan. Bila sebut soal duit, nak melenting pulak dia. Siapa depa ni? Bila sebut duit mahupun harta, melayu suka melenting. Itu antara sifat utama me-layu kedua.
Antara faktor utama dalam mesyuarat agong ialah, kuasa dan pangkat. Masa mesyuarat ini, yang tidak pernah nampak batang hidung dalam majlis tetiba datang dengan penuh gaya. Macam malam ni, tak pernah nampak diorang di masjid, tapi malam ni penuh dengan jemaah yang berserban "touch & go". Memasing pakat nak berebut nak naik pangkat dan pakat nak sokong orang tertentu. Ini alergi ketiga orang Me-layu, Kuasa.
Saya orang biasa sahaja. Lepas maklumkan ibubapa budak-budak bahawa kelas silat dibatalkan. Saya teruskan perjalanan dengan motor subsidi abahku ke Pusat Latihan Gayong ku dengan harapan untuk ilmu. Itu aku lebih suka.
Mengapa bangsaku sukakan harta. Sukakan kuasa. Sukakan mengungkit tanpa melakukan apa-apa.
Bagi saya sifat itu amat baik tetapi biarlah harta itu kekal dan bukan diambil dan digadai. Biarlah kuasa itu berkat, bukan diamanah kemudian dibelakangkan mandat. Kenapa mahu ungkit semua perkara sehingga tiada lagi keikhlasan sehingga sanggup bermuslihat sehingga terbitnya fitnah-fitnah yang merosakkan masyarakat.
Orang kata ada yang tak suka saya buat kelas silat di Masjid Puchong Perdana. Betul ker? Halaulah saya, kerana programku ikhlas dan bukan untuk mencari laba. Harta saya tidak berkurang dan bukan diperolehi dengan mengemis. Pendidikan saya bukan setakat Pondok Tok Ayah Kedah. Bumi Allah SWT amat luas.
Yang saya tahu, malam ini ilmu dah kemaskinikan ilmu lembing, tombak dan parang sebagaimana tahun 1997 dulu. Ini antara harta saya yang bakal difaraidkan penuh tanpa sempadan kepada sesiapa yang berminat.
Maka saya adalah "kaya" dan "berpangkat". Buat apa saya mengungkit lagi.

1 komen:
Sekali baca, macam orang frust saja. Kali kedua baca, macam bunyi kecewa kerana org tak sama ngan apa kau pikir.
Ketiga baca, macam kau sinis kat Kerajaan Haram Perak jer. Hahahaha...
Aku cakap haram sebab MB Tuan Guru Kau kata haram.
Dah baca sila bagi sepatah kata..