Wednesday, September 24, 2008

Idulfitri Menjelang lagi....

.
Setelah berjuang selama sebulan dalam mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadhan, kini menjelang lagi Syawal sebagai awal bulan kegembiraan Muslim.

Paling ketara pasaraya kini mula padat dengan kunjungan bagi mendapatkan kuih-kuih raya dan pelbagai persiapan raya. Bak kata orang semuanya raya. Pelita raya pun sangat laku. (Gambar tepi adalah gambar anak saudara kawe tahun lepas. Power Ranger Merah adalah Fahmi dan yang duduk tu Kak Ngah)

Nak bincang pasal raya, banyak sangat ceritanya. Terutama bagi yang telah dewasa. Mahu tidaknya, ada yang kopak kerana anak sedara berderet kalah dek barisan bas Puduraya. Ada jugak gaduh pasal cuti raya samada nak ke sana atau ke sini. Belum sebut yang takboleh cuti raya. Suami marahkan bos kerana tak luluskan cuti. Isteri marahkan laki kerana submit borang cuti lambat. Semua ini isu Raya.

Kalau disebut kereta pulak, servis semestinya kalau nak balik kampung. Maka tukar lah plug, minyak enjin, penapis minyak dan angin, koman-koman lenyaplah barang seratus dua hari tu.

Kalau yang lama tak tukar tayar? masa ni la sesuai nak tukar tayar, ditambah pula dengan kononnya ada pelbagai promosi itu ini. Kopaklah lagi poket si ayah tiga empat ratus Ringgit Malaysia. Senang cerita sebut kereta ada yang akan belanja keluar RM500-RM1,000 pada akhir bulan ini. Tokey cina tersenyum, semua kereta boleh masuk, dia takde kemana-mana. Balik kampung pun tidak.

Isu baju raya? Isteri macam biasa, time begini nak kalu boleh ada 3-4 persalinan. Nak kata membazir, dia akan jawab " Boleh buat gi kenduri". Ada betulnya tapi kalau duit keluar lump sum, siapa tak mahu start tampal koyok kat dahi. (Gambar Adik Manis tepi adalah anak saudara kawe nama Ciddiq)

Anak-anak pulak lebih berminat pada baju raya jenis karton dan cerita kanak-kanak. Jangan terkejut kalau kawe katakan, susah nak bawa budak pilih baju melayu. Lebih suka tatap baju spiderman. Katanya baru seronok gi kutip duit raya. Jangan gelak lagi sebab kawe masih ingat 4 tahun dulu anak sedara rakan saya melalak di Pengkalan Kubur masa shopping kerana nak kan baju spiderman. Siap dengan topeng lagi.

Tahun lepas rasanya jadi kat anak sedara kawe sendiri. Pujuk ayah dia beli baju Power Ranger. Siap dengan topeng juga. Maka tahun lepas dua beradik anak sedara kawe tu beraya la dengan identiti baru iaitu Power Ranger Merah & Biru.

Cakap-cakap ni, duit raya dan pecah ke? Dah masuk sampul?.. pasal last minit macam ni lah tahun lepas kawe terpaksa menagih simpati di Public Bank Raub setelah semua bank kehabisan duit raya. RM1 duit raya dengan RM1 yang ada dalam poket ni lain sikit. Keras duit raya tu ada semacam keramat. Sedap dipegang, belanja pun segan tapi sampai rumah petang, duit raya semua dah habis belanja kawan-kawan.

Bila sebut Raya, budak-budak yang tak cukup puasa mahupun yang suka monteng puasa pun suka waktu begini. Masa Raya adalah masa yang sesuai untuk menjana ekonomi sekiranya rajin berbondong-bondong ke rumah orang. Teringat pulak masa belum kawin, masa tu kawe bukan kerja pun. Masih dalam Chambering tapi duit raya kena standby. (Gambar budak baju merah ni adalah anak saudara kawe nama Hakim)

Ramai orang datang rumah bukan main tapi 80% budak yang datang rumah kawe adalah antara individu mahupun kumpulan yang gagal dikenali walaupun diselidiki nama keluarganya. Kawe masa kecil pun begitu juga, tapi jarak kawasan yang dilawati tidak sebesar sekarang. Mungkin sekarang ni ada motor mahupun basikal. Kini jumlah budak-budak datang beraya sudah kurang. Mungkin lebih seronok dok rumah. Lagipun kalau ada 4-5 mak dan bapa saudara, setakat RM40-50 tu dah dalam tangan. Nak buat apa jalan jauh-jauh. Baik bantai ketupat dan tidur. Lagipun orang dewasa suka berjalan juga, kalu depa mari dapat juga duit raya. Modal masa diperabiskan depan TV tetapi duit raya tetap dapat. Itukan janaan ekonomi kesukaan masa kini, modal rendah untung lebih.

Sempena idulfitri ini, Kawe akan balik Kelantan esok. Oleh kerana ada perbicaraan di Kelantan, mungkin balik tu lama sikit.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
daripada Hisham Nazir & Keluarga


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►