Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Monday, July 1, 2019

[425.19] GAYA HIDUP ADALAH SATU PILIHAN



[425.19] GAYA HIDUP ADALAH SATU PILIHAN

"Kenapa dia yg dah jadi ahli korporat. Gaji berpuluh ribu, tidak tinggal di kawasan elit. Berkereta mewah dan hidup macam orang kaya?"

"Adakah awak akan hidup mewah kalau jadi jutawan?"

"Ya, sudah tentu. Rumah besar. Kereta besar. Pakaian hebat."

"Mungkin kerana itu Allah tidak memberikan rezeki yg sama seperti dia kepada kamu"

Gaya hidup satu pilihan. Bagaimana berbelanja adalah haknya. 

NOTA: Tiada isu parti di sini, sekadar kata-kata yang baik.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

[424.19] JANGAN LUPA AJAK JIRAN BILA KENDURI




[424.19] JANGAN LUPA AJAK JIRAN BILA KENDURI

Apa guna dada berselempang 
Kalau bergelanggangnya tidak
Apa gunanya buat makan
Kalau jirannya tidak diajak

Pesan ambo kepada sahabat yg buat makan-makan.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

Monday, June 17, 2019

Doakan kebaikan kami



Semoga ada seorang dua untuk kami
InsyaAllah

Saturday, May 25, 2019

[374.19] BERNIAGA TIDAK TENTU MASA


BERNIAGA TIDAK TENTU MASA
Bila berniaga tidak tentu masa
Siang malam bekerja
Tapi kita boleh tentukan masa kita bekerja
Bergantung kepada keperluan
Pukul 7 pagi dah terpacak meeting dengan klien. Anda sanggup meniaga?

[392.19] WAJAH IBU DAN BAPA


Melihat wajah ibu dan bapa orang kampung tersenyum kerana masalah anaknya diselesaikan amat priceless.
Mereka tidak lokek bayar fee guaman. Kami tidak sanggup letakkan fee tinggi
Mereka hanya mahukan terbaik utk anak mereka. Salah berkawan dan sedikit rasa tamak anak didoakan jadi pengajaran.
Bila ada masalah sebegini, baru anak tahu betapa si ayah yang garang mengambil berat. Betapa lembut si ibu menunjuk kasih sayang.
Hargai mereka!
HISHAM NAZIR
Of Hisham Nazir & Co
Cawangan Bumi Sfera

Monday, February 4, 2019

[372.19] BANDINGAN MASA



Manfaatkan masa sihatmu
Sebelum tiba waktu sakitmu

Jangan menyangkakan masa dia terbuang bazir atas asas perbandingan dengan masa kamu.

Jangan menyangkakan masa dia tiada manfaat atas tiada pengetahuan kamu dan kerahsiaan masa dan perbuatannya.

Jangan bersangka buruk atas masanya dimanfaatkan atas dasar perbandingan. Kamu mungkin salah memilih bandingan.

Berdiri bila sihat, rehatlah bila sakit.

Tuesday, December 12, 2017

SYUKUR SEBELUM KRITIK



Menerima berita seorang meninggal dunia setelah koma seminggu kerana terjatuh di bilik ajr.

Semalam 2 kali kaki krem. Terjatuh di bilik air pulak pagi ni. Terpaksa berjalan 1.5km untuk ke Mahkamah dalam keadaan kaki tidak mengizinkan pasal parking penuh. Dada berdebar dan berpeluh amat bila sampai di Mahkamah kerana jarak dan tangga.

Saya tidak koma mahupun mati pagi ini. Ada perkara untuk diratapi tetapi masih ada perkara untuk kita syukuri.

Alhamdulillah.

Amanah kerja boleh diteruskan.

Selamat bercuti panjang untuk warga Selangor.

Artikel lain di:
instagram.com/hishamnazirdotcom
twitter.com/hishamnazirco
fb.com/criminallawyermalaysia
www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com

Thursday, December 7, 2017

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang telah hadir buat rahmat sekalian alam.

Semoga kita ikuti sunnah Rasullulah SAW dan menyelusuri sirah dan surah Baginda SAW.

Artikel lain di:
Instagram.com/hishamnazirdotcom
Twitter.com/hishamnazirco
fb.com/criminallawyermalaysia
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net

Tuesday, September 26, 2017

"Antara alamat kebodohan tinggi itu apabila masuk kedai makan, dia merokok. Berapa banyak tohmahan diterima dan dia mengharapkan ibadah dan hidup lebih baik?

Sesungguhnya kebodohan sebegini boleh diwarisi."

Wednesday, September 13, 2017


Monday, August 28, 2017

BATANG TUBUH SEBAGAI #DAKWAH


"Pangkat besar dalam parti politik kononnya #Islamtapi sombong dan kerja pun tak #amanah" kata klien

"Ustazah selebriti nampak mesra sungguh dalam tv tapi bila jumpa di surau pun senyum balas pun tidak. Org agama?" Kata Cik Kak lepas subuh di surau awam

Samada kita public figure atau tidak, tubuh kita membawa #persepsi dan dakwah kpd apa kita buat.

Berbaik sangka satu perkara. Menjaga akhlak dan penbawaan baik akan beri impak kpd Islam, keluarga, pangkat mahupun #kerjaya kita.

Sekadar #ingatan kpd saya!

Monday, August 21, 2017

KEBERKATAN HIDUP ATAS REZEKI

Semalam saya dengar seorang perempuan muda (umur 20an) mengadu pada ayahnya. Mungkin ayahnya tengok pada umur. Berada di kerusi 2 baris hadapan saya dalam ETS. Adu si anaknya yang kerja sibuk dan tak henti. Tekanan banyak.
Saya tertarik jawapan di ayahnya;
"Itu biasa bila kita bekerja. Bila kerja banyak dan tidak henti, adik tidak berpeluang untuk curi tulang. Allah berkati rezeki adik.
Walaupun kerja banyak, adik masih ada masa makan dengan kawan-kawan dan solat di waktu nya. Allah dah berkati masa adik atas dari kesibukan dan rezeki yang baik itu.
Adik masih mampu bercuti di hujung minggu dan balik kampung. Melayani anak-anak sedara. Memberikan sedikit masa dan wang kepada orang lain dan orang memerlukan. Tidak pula adik terasa kekurangan atas rezeki yang ada. Allah berkati hidup adik.
Jangan fokus bab sibuk sahaja. Fikir positif apa Allah nak bagi kat adik."
Banyak lagi la lepas tu.
Rasa nak menangis pun ada bila dengar. Menjadi motivasi kepada diri saya sendiri. Mungkin ada benda kecil yang kita buat menjadi asbab keberkatan.
Bukanlah kaya tapi asbab itu mungkin memberikan kelapangan dalam hidup walaupun sibuknya Allah sahaja yang tahu.
Alhamdulillah!
NOTA: Saya tahu anda fikir tentang jarak dan dengar perbualan. Kalau saya sedang makan belum tentu itu fokus utama saya. Hati-hati!

Tuesday, August 8, 2017

(فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا)

"Maka bersabarlah, kesabaran itu adalah indah"

[Surat Al-Ma'arij 70: 5]
— at Dataran Maybank.

Friday, August 4, 2017

KISAH PEMUDA AHLI SYURGA


Suatu hari, ketika RasūluLlāh ‎ﷺ bersama para Sahabat-nya berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, tiba-tiba RasūluLlāh ‎ﷺ bersabda:

"Sebentar lagi akan datang seorang pemuda Ahli Syurga."

Tidak lama kemudian datang seorang pemuda yang muka dan tangan-nya basah berwudhu, sambil sebelah tangan yang lagi satu memegang sandal. Penampilan-nya sangat sederhana. Tiada apa yang terlihat istimewa. 

Beberapa hari kemudian, ketika RasūluLlāh ‎ﷺ bersama beberapa Sahabat-nya sedang duduk di tempat yang sama, sekali lagi RasūluLlāh ‎ﷺ bersabda:

"Sebentar lagi akan datang seorang pemuda Ahli Syurga."

Sebentar kemudian, pemuda yang sama pun sampai. Dengan berpenampilan yang sama. Salah seorang Sahabat yang ada di situ ialah Muaz bin Jabal radhiyāLlāhu 'anhu. Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yang dikatakan sebagai Ahli Syurga. 

Lalu dia mencari jalan untuk dapat tidur di rumah lelaki itu dengan memberi berbagai alasan. Pemuda itu membenarkan Muaz tidur di rumahnya. 

Malam itu, ketika Muaz radhiyāLlāhu 'anhu bangun untuk bertahajjud, dia mendapati pemuda itu masih lahi nyenyak tidur hingga ke Subuh.

Apabila Subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka membaca Al-Qur'an, tetapi ternyata yang pemuda membaca-nya dalam keadaan tersangkut-sangkut, dan masih lagi merangkak2 untuk lancar membaca-nya. Tidak seperti Muaz radhiyāLlāhu 'anhu yang fasih dan lancar sebutan-nya. 

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz radhiyāLlāhu 'anhu sudah kelihatan bersedia untuk solat sunat Dhuha. Tetapi anehnya lelaki itu tidak.

Selain itu pada hari yang sama Muaz radhiyāLlāhu 'anhu berpuasa sunat, tetapi lelaki itu tidak.

Muaz radhiyāLlāhu 'anhu pun menceritakan perihal sabda RasūluLlāh ‎ﷺ ke atas lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalan-nya hingga RasūluLlāh ‎ﷺ mengatakan dia Ahli Syurga.. lalu pemuda itu berkata:

"Amalan aku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al-Qur'an. Aku masih tidak mampu bangun tahajjud tengah malam. Aku juga tidak mampu lahi solat Dhuha. Apatah lagi berpuasa sunat."

"Tetapi… Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yang baru aku pelajari iaitu:

(1) aku sangat TIDAK MENYAKITI HATI orang lain. Samada kaum keluarga-ku sendiri, jiran2-ku, sesahabat-ku mahu pun orang yang tidak aku kenal."

Muaz radhiyāLlāhu 'anhu berkata; "SubhānLlāh... lagi..?"

(2) Aku cuba elakkan diri dari MEMARAHI sesiapa. Dan aku akan memaafkan semua orang yang membuat salah kepada-ku."

Muaz berkata; "SubhānLlāh... lagi..?".

(3) Aku cuba menjaga tali SILATURRAHIM.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yang mampu aku lakukan.

Copy n paste
Kredit kpd Anie Shaari
 — at Gunung Ledang Tangkak,Johor.


أَمَّنْ هَٰذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ ۚ ٍِ.......)
"Siapa yang dapat berikan rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?"

[Surat Al-Mulk 21]

Kita boleh merancang untuk dapatkan rezeki. Berikan sesuatu atau dapatkan sesuatu tapi belum tentu ia rezeki kita atau mereka.

Bab kata orang tua, yang masuk mulut lagikan boleh keluar. Apatah lagi yang belum ada di depan mata.

Gambar sekadar hiasan
— at Masjid Kariah Taman Bukit Chedang.

AMAL DALAM JANGGAL


Dalam penerbangan tadi nampak sekumpulan pelancong China. Daripada mereka ada seorang wanita bertudung. Dalam melayani anaknya menangis, dapat tahu dia Muslim.
Nampak dia bersembang dengan seorang kakak sebelah. Macam kita juga zaman kini, yang elok tutur kata dan budi serta agamanya macam suatu yg janggal dan dilihat kuno. Begitu juga mereka.
Semoga Allah menyuburkan perkara yg baik dalam menjadikan batang tubuh sebagai dakwah ke arah asbab yg baik.

Wednesday, July 12, 2017

"Tidakkah mereka melihat kepada burung-burung yang berterbangan di langit. Tidak ada apa pun yang mengikat mereka kecuali Allah. Sesungguhnya pada kejadian itu ada tanda-tanda bagi mereka yang beriman"

[Al Nahl - 79]
 — at Hisham Nazir & Cronies.

Friday, April 7, 2017

KAHWIN MISYAR



Kahwin misyar adalah satu jenis perkahwinan yang dibenarkan dalam Islam iaitu seorang isteri boleh melepaskan hak nafkahnya ke atas seorang suami.

Erti kata lain, suami tidak wajib memberikan nafkah zahir kepada isterinya. Namun, lumrah lelaki selaku suami ia tetap memberikan nafkah biarpun hak tersebut dilepaskan. Cuma sekiranya ada ketidakmampuan tertentu, maka tidak berdosa buatsuami.

Bagaimanapun nafkah anak perkahwinan adalah di bawah tanggungjawab suami atau bapa anak berkenaan kerana misyar hanya mengikat kepada isteri.

Mungkin nampak pelik tetapi begitulah syumul Islam dalam membincangkan isu masyarakat mendahului zamannya.

Ia mungkin boleh digunapakai dalam isu andartu, balu, wanita bekerja tinggi dan kesukaran jodoh.


SESUATU YANG LEBIH BAIK SEDANG MENUNGGU



Ditegur seseorang yang mengenal saya tetapi saya tidak kenalinya. Ditanya tentang firma guaman. Katanya dia tidak kemana sebagai peguam. Tidak berjaya untuk jadi lebih baik dengan firma sendiri.


Saya pun bukan firma besar. Cukup makan dan bukan ada wang besar mahupun klien besar. Tetapi kalau kita bersyukur dan redha setakat mana ada biarpun sedikit, InsyaAllah cukup!

Katanya apa yang dirancang tidak menjadi. Apa yang diharap tidak sebagaimana yang datang.

Saya up-kan status ini sebagai pesan sebagai ingatan untuk diri sendiri dan kepadanya.

"Kalau yang ditawar tidak tidak diterima, jika yang didoa nampak tidak dimakbul, jika yang diminta tidak berjaya, ingat satu benda. Perkara yang lebih baik is on the way"

Jadi jangan sedih tetapi terus jadikan target anda bukan remeh. Target yang baik-baik dan tinggi standardnya. Jangan fikir yang elok di depan mata, tapi apa yang elok 20 tahun mendatang.

Wallahua'llam.

LIKE & SHARE

Hisham Nazir & Co
Subang Jaya | Sg Petani
+6013-9307961
Lawati www.hishamnazir.com atauwww.hishamnazir.net
 — with Hisham Nazir at Hisham Nazir & Cronies.

JANGAN CERAI-CERAIKAN FAIL KERJA


Representasi dan Hujahan Mitigasi sedia untuk tindakan lanjut. Advices pun semua dah emailkan kepada klien-klien. Alhamdulillah!
Hujahan untuk esok lenyap entah kemana..
Benda remeh yang selalu dipesan bos dulu..
"Jangan cerai fail. Semua dok sekali"
Bagi yg baru kerja, tak handle fail besar memang tak rasa penangan hilang mukasurat lagi. Tapi bagi yang pernah handle fail tebal 2-3 troli untuk bawa court, jangan main-main nasihatnya tentang fail kes.
Semua nasihat peguam berdasarkan pengalaman. Better anda ikut walaupun nampak bodoh, sebab esok-esok anda akan faham!
LIKE & SHARE
Hisham Nazir & Co
Subang Jaya | Sg Petani
+6013-9307961
Older Post ►