Showing posts with label Majlis Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Majlis Ilmu. Show all posts

Tuesday, March 10, 2020

[573.20] FORUM PERLEMBAGAAN


Daripada bincang sekadar politik kedai kopi, apa kata turun share pandangan dan dengar apa kata pakar perundangan dan akademik tentang apa yang berlaku.
Supaya anda mudah faham tentang situasi politik, perundangan, kenegaraan dan senario semasa yang lebih jelas berdasarkan fakta yang tepat.
Pakat share & Jom petang esok!
MASUK PERCUMA

Saturday, May 25, 2019

[374.19] KELAS AKHIR ADVOKASI 2019


KELAS AKHIR ADVOKASI 2019
Sekitar kelas terakhir saya sebagai fellow Fakulti Undang-Undang UKM bagi subjek advokasi undang-undang jenayah.
Semoga sumbangan berterusan semenjak penyertaan kami sebagai fellow sehingga kini yang hampir sedekad memberikan manfaat buat semua.
Perjumpaan terakhir adalah majlis berbuka puasa anjuran Hisham Nazir & Cronies nanti.
InsyaAllah.

Tuesday, November 18, 2014

Bila Peguam Jenayah Nak Masuk Kelas Sebagai Cikgu - Preparing A Seminar


KES BARU - AKTA BARU

Ada beberapa kes dan talk perlu disiapkan
Sehubungan dengan itu, shopping buku sakan semalam
Alih-alih tertinggal di rumah

Tapi semalam dah baca dengan Abang Long
Depan TV, sesambil layan The Punisher
Kesudahannya rangka talk siap tanpa akta yang dibeli.



https://www.facebook.com/pages/Hisham-Nazir-Co/150937861626574

Tuesday, August 7, 2012

Program Bersahur & Tazkirah Subuh Ramadhan oleh Ustaz Azhar Idrus


Bak kata adik saya "the picture speak itself"

Monday, January 30, 2012

Ceramah Perdana Bandar Saujana Putra - Semua Dijemput Hadir


Pakat-pakat turun ramaikan majlis ilmu. Kalau tak lekat semua, lekat satu pun jadi. Bawa anak bini termasuk jiran sebelah punya posmen sekali, lagi banyak pahala. 

Nak pahala lagi, pakat klik SHARE di atas atau LIKE di bawah atau kedua-duanya bagi makluman semua orang sekitar.

Tuesday, August 2, 2011

Malam Pertama Ramadhan Bersama Sheikh Jibril



Alhamdulillah, selepas tamat latihan dalam keuzuran di Masjid Kota Damansara, Uichi Gaban sempat maghrib di Masjid Wilayah atas beberapa program lain dan kemudiannya terus daripada Kuala Lumpur ke Masjid Al Falah untuk terawikh pertama di tahun 2011 bersama Sheikh Jibreel yang dibawa tour ke Malaysia.

Namanya bukan kecil mahupun asing dalam Quran dan tersenarai antara imam dan pembaca Quran terbaik dunia dan perkenalan sejak tingkatan 4 melalui kaset hafalan menjadikan beliau bukan qari pilihan Uichi Gaban kerana kemerduan dan cara bacaan Qari lain seperti daripada Makkah dan Madinah serta Kuwait lebih menjadi pilihan.

Tetapi pengalaman mendengar suara dengan pengalaman berada di belakang orang yang benar-benar hafiz dalam bacaannya serta istiqamah dengan Quran adalah berbeza pengalamannya.

Terima kasih.


Thursday, June 2, 2011

Mekah: Anda Dah Belajar Untuk Haji & Umrah?


Semalam dalam kuliah hadis di Surau Al Syakirin, Taman Puchong Utama oleh Ustaz Hasnol Hizam  ada menyentuh mengenai Haji dan Mekah. Dalam huraian panjang itu, Uichi Gaban tertarik mengenai kedudukan beberapa item yang banyak diubah dan tidak diketahui oleh orang awam tanpa ilmu. 

Selain itu terdapat banyak tanda seperti warna, mosaic, tiang dan beberapa tanda lain yang menjadi tanda tertentu yang mana mungkin bagi orang awam ia suatu kebiasaan dalam binaan.

Tetapi menurut huraian Ustaz Hasnol semalam sedikit sebanyak menguraikan tanpa ilmu kita kelihatan jahil mengenai kedudukan beberapa perkara penting di sana.

Melalui kuliah malam tadi, rupanya setiap tanda itu mempunyai alasan tertentu dan merujuk kepada perkara tertentu seperti rumah tokoh-tokoh mahupun peristiwa tertentu. 

Ada juga beberapa perkara diketahui oleh orang ramai tetapi ramai pula yang tersilap tempatnya kerana tidak mempunyai ilmu apabila beberapa tempat dipindahkan atas sebab tertentu.

Nampaknya kena belajar banyak lagi kalau nak ke Mekah. Rugi kalau pergi dengan jahil dan tak ready.

JOM PAKAT TURUN MAJLIS ILMU DI SURAU & MASJID


Saturday, May 21, 2011

Cara Mendapatkan Rezeki Maknawi Dalam Mengejar Kemanisan Iman


Uichi Gaban tidak mahu bercerita panjang mengenainya kerana banyak sungguh bacaan yang boleh dicari mengenai petua menambah rezeki sebagaimana yang dijamin oleh Rasullulah SAW samada melalui cara usaha mahupun melalui amalan tertentu yang kemudian disusuli dengan usaha dan juga tawakkal.

Separuh amalan dan petua dalam mencari rezeki zahir ini iaitu rezeki dalam bentuk wang ringgit mahupun pangkat dan kuasa telah dikongsikan oleh Uichi Gaban melalui pos yang lalu seperti di sini dan di sana.

Rezeki maknawi yang ditermakan kali ini merujuk kepada rezeki lebih kepada kemanisan iman. Memudahkan iman dan hidayah dalam menjalankan urusan agama mahupun kehidupan selari dalam beragama. Duit boleh dicari, perkara maknawi seperti ini bukan semua orang akan dapat kecuali melalui beberapa cara yang mana Allah izinkan ke atasnya memperolehi nikmat rezeki sedemikian.

Ustaz Johori Mat Som baru-baru ini menyelit dalam kuliah Fiqh Syafie bahawa untuk mendapatkan rezeki maknawi sedemikian kita perlu menjaga 3 masa dengan ibadah dan amalan apa yang patut dan diajarkan oleh Rasullulah SAW. Paling malaspun kata Ustaz, baca Quran. Tiga masa itu ialah;
  • Sebelum subuh;
  • Selepas Subuh; dan
  • Antara maghrib dan Isyak

Apa yang kita buat pada masa tersebut? Sebelum subuh mungkin masih lena. Lepas subuh, kalau bangun pun sambung lagi. Kalau lepas maghrib pun banyak dugaannya. Ada yang belum balik kerja dan ada yang menonton Detektif Conan atau Sinchan. Ini cerita sahaja. Tiada kaitan dengan siapa.

KULIAH FIQH SYAFIE
OLEH - USTAZ JOHORI MAT SOM
SELASA, 8.00-9.00MLM



Sunday, March 6, 2011

Kuliah Ustaz Ghazali Hasbullah di Surau Ar Rahmah, Seksyen 8 Shah Alam Pada 07.03.2011


Selepas hari raya haji tempohari, Uichi Gaban masih tidak berpeluang melawat Abuya (gelaran kepada Ustaz Ghazali yang bermaksud bapa) di Kuala Kubu Bharu. Kali terakhir berjumpa di surau Ar Rahmah juga bagi kuliah bulanannya.

Masa kekadang menghimpit keadaan membuatkan sibuk sedangkan masa boleh dicari untuk melawatnya. Kali terakhir bertemu dengannya di Shah Alam itu melihatkan beliau kini sangat uzur dengan masalah kesihatannya dan terpaksa dipimpin ke kerusi dan meja kuliah. 

Kesempatan yang ada pada jumaat lepas di Surau Ar Rahmah, Shah Alam sempat melihat jadual kuliah maghrib bulan Mac dan Abuya masih lagi akan berkuliah di sana dalam keadaan sebegitu. Kuliah maghrib adalah seperti berikut:

Tarikh: 07.03.2011 (Isnin)
Masa: Kuliah Maghrib
Tempat: Surau ArRahmah, Jalan 8/1, Seksyen 8, Shah Alam.

Jadi Uichi Gaban menyeru dan menjemput semua (sebagaimana jadual yang dikeluarkan oleh pihak Surau Ar Rahmah) ke kuliah beliau dan kepada yang bermurah hati bolehlah menderma kepada pondok beliau yang kini memerlukan perbelanjaan sebanyak RM1000.00 sehari bagi menampung keperluan penjagaan anak-anak yatim, anak-anak ditinggalkan, ibu-ibu tunggal, pelajar pondok miskin, remaja bermasalah dan orang sakit mental di Darul Atiq, Kuala Kubu Bharu.

Untuk tambahkan sedikit pembacaan, sila baca di sini 





Monday, February 14, 2011

Kuliah Maghrib Kitab Mishkat Al Masabih (Hadis) Oleh Ustaz Hasnul di Taman Puchong Utama



Kuliah Maghrib akan memberikan satu kuliah hadis yang akan disampaikan oleh Ustaz Hasnul Hizam Hamzah di Surau Al Syakirin (surau jumaat), Taman Puchong Utama pada 20.02.2011.

Kuliah Ustaz Hasnul Hizam Hamzah akan menggunakan Kitab Mishkat Al Masabih yang dikarang oleh Ulama Baghawi.

Kuliah ini hanya diadakan sebanyak sekali bulan atas jadual yang padat maka semua yang berdekatan bolehlah melapangkan masa untuk bersama di Surau Al Syakirin pada malam tersebut.

Sunday, February 13, 2011

Ceramah Maulidur Rasul Oleh Ustaz Kazim di Masjid Darussalam Batu 14 Puchong Pada 14.02.2011


Ceramah Khas Maulidur Rasul akan dibuat oleh Ustaz Kazim Elias al Hafiz di Puchong seperti berikut:

Tarikh: 14.02.2011/selepas maghrib
Tempat : Masjid Darussalam, Batu 14 Puchong.

Semua dijemput hadir.




Saturday, February 12, 2011

Pembukaan Gelanggang Surau Al Syakirin, Taman Puchong Utama Pada 22.02.2011


Harap maklum bahawa selepas perbincangan dengan pihak Surau tempohari, pihak surau telah memaklumkan pihak kelab bahawa bersetuju sekiranya latihan diadakan pada selasa malam memandangkan bagi membolehkan juga pihak penjaga turun ke surau untuk kuliah pada malam tersebut.

Latihan di Surau Al Syakirin akan diadakan dan butiran ringkas seperti berikut:

Hari/Masa: Setiap Selasa - 9.00 malam (tertakluk kepada waktu isyak di sana)
Tempat: Surau Al Syakirin (surau jumaat), Taman Puchong Utama
Yuran Pendaftaran: RM15.00 Tahunan
Yuranan Bulanan: RM20.00 sebulan
Hubungi: 014-9933774

Nota: Latihan di gelanggang diadakan sekali seminggu tetapi pelatih dibenarkan berlatih di mana-mana gelanggang bagi tujuan tambahan atau kelas gantian di mana-mana gelanggang kami tanpa had dengan membuat bayaran bulanan di satu gelanggang asal sahaja. Lain-lain gelanggang boleh dilihat di sini

Pihak kami masih tidak membuat keputusan di bahagian mana latihan akan dimulakan memandangkan terdapat banyak kawasan yang sesuai untuk latihan silat di surau berkenaan.



Friday, February 11, 2011

Ceramah Maulidur Rasul Oleh Ustaz Khairuddin Aman Razali At Takiri di Surau Al Syakirin, Taman Puchong Utama


Sempena Sambutan Maulidur Rasul, pihak Surau Al Syakirin Taman Puchong Utama mengadakan pelbagai program dan antaranya ialah Ceramah Khas Maulidur Rasul seperti berikut:

Tarikh: 12.02.2011 (Sabtu)
Tempat: Surau Al Syakirin (surau jumaat), Taman Puchong Utama
Masa: Selepas Maghrib
Penceramah: Ustaz Khairuddin Aman Razali At Takiri (Pengasas Darul Fuqaha)

Semua dijemput hadir dan mohon diwar-warkan kepada semua rakan-rakan.





Monday, February 7, 2011

Ceramah Khas Kiyai Dr. Mirfan Kasthuri Pada 09.02.2011, Surau Al Syakirin, Puchong Utama



Satu siri ceramah khas oleh Kiyai Dr. Mirfan Kasthuri akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 09.02.2011 (Rabu)
Masa: Selepas solat maghrib
Penceramah: Kiyai Dr. Mirfan Kashturi
Tempat: Surau Al Syakirin (surau jumaat), Taman Puchong Utama

Kepada mereka yang bersembahyang terawikh di Surau Al Syakirin pada Ramadhan yang lepas, sekiranya tidak silap,  Kiyai Mirfan ada pernah memberikan satu tazkirah pada satu malam terawikh. Pada malam tersebut penuh jemaah, harap pada malam 09.02.2011 nanti akan turut penuh dengan jemaah di kawasan sekitar dan dari yang jauh.



Sunday, February 6, 2011

Kelas Fekah Oleh Ustaz Johori Md Som Di Surau Al Syakirin


Surau Al Syakirin (surau Jumaat) Taman Puchong Utama mengadakan kelas fekah Mazhab Syafie seperti berikut:

Tenaga Pengajar: Ustaz Johori Md Som
Tarikh: 08.02.2011
Tempat: Surau Al Syakirin (surau jumaat), Taman Puchong Utama
Masa: Selepas Maghrib (8.00mlm - 9.30mlm)

Dalam kelas ini huraian akan diberikan satu persatu kepada bab fekah dalam pandangan Imam Syafie dan juga menerangkan amalan fekah biasa yang bukan pandangan Imam Syafie dan asalnya. Perbandingan fekah juga diterangkan bagi pemahaman dalil dan penggunaan semasa.

Rasanya pada hari tersebut nanti, mungkin penjelasan akan menyentuh bab adab-adab di masjid. Sebelum ini banyak perkara adab masjid telah disentuh dan rasanya banyak antara kita tidak sangka banyak dosa daripada kurang adab kita. Malah banyak perkara baru kita ketahui yang dilakukan bertentangan dengan fekah maszhab Imam Syafie.



Thursday, February 3, 2011

Kuliah Subuh Perdana, Masjid As Salam Puchong Perdana

Gambar Hizbur sebagai hiasan sahaja sebab Pondok Lanai kekurangan gambar dan promosi mengenainya. Apapun Hizbur salah seorang bekas pelajar pondok Lanai. Maaf sekiranya tersilap.

Masjid As Salam, Puchong Perdana akan mengadakan satu Kuliah Subuh Perdana pada 04.02.2011 yang mana seorang penceramah daripada Pondok Lanai akan dijemput memberikan kuliah berkenaan. Sekiranya tidak silap Ustaz Halim Hassan daripada Pondok Lanai. 

Uichi Gaban pernah jumpa Ustaz tersebut sebelum ini tetapi lupa pula namanya. Kalau salah tolong betulkan. Dalam masa yang sama kesilapan juga mungkin boleh dielakkan sekiranya institusi pondok dan dakwah memainkan peranan penting melalui internet.

Puas mencari info mengenai Pondok Lanai tetapi sikit sangat mengenainya.

Jangan lupa hadir Kuliah Subuh Perdana itu nanti pada 04.02.2011. Satu je pesan Uichi Gaban, Jangan memandai mesej Uichi Gaban tanya pasal "pukul berapa"..

Biasa Uichi Gaban tampal bannernya di sini tetapi blog Masjid As Salam sendiri belum masukkan mengenai program ini. Nampaknya Uichi Gaban lebih laju daripada depa sekarang..

Wednesday, February 2, 2011

Sufyan bin Uyainah: Ustaz Mesir pun tak kenal?


Ada orang bertanya Uichi Gaban mengenai nama-nama anak Uichi Gaban yang agak unik dan tiada makna kerana kebanyakannya adalah nama arab dan dinamakan bersandarkan kepada tokoh tertentu dalam dunia Islam. Dalam pertanyaan itu ada juga meminta pandangan mengenai nama anak. Tokoh mana yang baik untuk dinamakan kepada anaknya. Uichi Gaban ada pernah bertanya "nak nama yang macamana?" seorang bapa katanya nak yang jenis (harapan) pandai baca dan hebat dalam menguasai Quran. "saya cadangkan nama Musa Abbas" cadangan Uichi Gaban. Tak pasti diterima ke tidak.

Teringat mengenai perkara berkenaan, Uichi Gaban akan tuliskan artikel mengenai tokoh tertentu dalam mencerita sedikit sebanyak kisah mereka sebagai teladan. Bukan untuk cadangan nama anak sahaja tetapi supaya Uichi Gaban mahupun rakan-rakan di luar sana suka untuk membaca dan mengetahui mengenai tokoh-tokoh Islam yang banyak memperjuangkan akidah dan ilmuwan Islam tetapi tidak berapa glamour.

Selepas pulang dari surau, Uichi Gaban menanyakan isteri mengenai Sufyanbin Uyainah. Beliau kata tak tahu. Kalau ikut kisah Sufyan bin Uyainah, Ustazah dan Ustaz Mesir patut kenal siapa dia.

Sufyan bin Unaiyah atau disebut Imam Sufyan bin Uyainah adalah satu ulamak besar dalam ilmu hadis yang mana ulamak hadis muktabar sebelum zaman Imam Bukhari. Selain daripada belajar dan mengutip secara personal daripada ribuaan guru termasuk 4 pengasas mazhab utama ahli sunnah waljamaah.

Nama beliau tidak agak janggal oleh Uichi Gaban tetapi malam tersebut Ustaz Hasnul ada tersebut mengenai nama Imam Sufyan bin Uyainah dalam kuliah hadisnya. Diceritakan satu kisah yang Uichi Gaban tidak tahu mengenainya. Seronok!

Imam Sufyan bin Uyainah sememangnya seorang yang amat warak dan sekecil umur 7 tahun, beliau telah mampu mengenali Quran dengan baik dan berada di bawah jagaan guru Quran Mekah termasyhur iaitu Abdullah Ibn. Katheer Ad Dari sehingga guru tersebut meninggal dunia semasa berumur 120 tahun dan Imam Sufyan bin Uyainah berumur 13 tahun. 

Kehebatan dalam ilmu hadis amat dikagumi dan Imam Syafie turut pernah mendapatkan hadis-hadis daripadanya. Hadis-hadis hafalan beliau amat banyak menjadikan beliau sebagai rujukan utama ulama hadis. Namun pada masa itu, beliau tidak pernah menulis dan mengumpulkan semua hadis berkenaan. Ini mungkin kerana pada masa itu masih belum sampai zaman membuku ilmu dengan baik. Namun selepas kematiannya, anak-anak muridnya telah mengumpulkan ilmu hadis dan menulisnya. Kehebatan beliau dalam ilmu hadis dan kisah beliau mempelajari ilmu daripada ribuan guru ini amat sukar untuk diceritakan. Malah penguasaannya dalam kesemua ilmu yang dipelajari adalah usia yang jauh lebih muda daripada Uichi Gaban sekarang ini.

Tapi diruang yang sedikit ini, Uichi Gaban ingin menceritakan 2 kisah bagaimana Imam Sufyan bin Uyainah selaku ulama memiliki satu kelebihan Allah SWT berikan iaitu doa yang mustajab.

Kisah Pertama - Semasa remaja, Imam Sufyan bin Uyainah berpakat dengan 2 orang rakan lain untuk belajar dari satu tempat ke satu tempat sehingga mampu menguasai kesemua ilmu. Sampai satu tempat, perancangan kewangan mereka terbantut akibat ilmu yang dituntut ditempat berkenaan masih belum habis dipelajari. Akibat daripada itu, mereka bertiga telah berlapar dan tidak makan untuk beberapa hari. Oleh kerana sangat lapar dan memudharatkan mereka, mereka bermesyuarat maka oleh kerana status pelajar mereka bersetuju agar seorang pergi meminta wang (sedekah) manakala 2 lagi pergi belajar.

Imam Sufyan bin Uyainah ditugaskan keluar meminta sedekah. Terdetik pada Imam Sufyan oleh kerana diputuskan untuk meminta tetapi tidak diputuskan untuk meminta daripada sesiapa, maka beliau telah meminta daripada Allah SWT secara terus melalui doa secara berterusan.

Hebatnya ilmu dan akhlaknya yang mana Allah SWT sendiri memberikan mimpi kepada raja negeri dan memaklumkan bahawa terdapat 3 pelajar yang sedang nazak kelaparan dalam menuntut ilmu. Maka para menteri pun mencarilah pemuda yang bernama Imam Sufyan itu melalui gambaran yang dinyatakan melalui mimpi raja berkenaan. Mereka berdua (Imam Sufyan masih berdoa di tempat lain) ditemui dalam sebuah masjid dan setelah disampaikan berita berkenaan, mereka dimaklumkan bahawa sejumlah wang yang banyak telah dikeluarkan daripada baitulmal dan raja sendiri akan memberikan kepada mereka pada keesokan paginya.

Apabila perkara ini diketahui oleh Imam Sufyan bin Uyainah, beliau terus memutuskan untuk lari daripada negeri berkenaan kerana bimbang sekiranya perkara sebegini diketahui umum dan mereka dikenali maka mereka akan jadi terkenal dan akan menjejaskan peluang mereka belajar dan mendalami ilmu. Maka mereka lari daripada negeri berkenaan pada malam tersebut

Menurut kisahnya, Raja berkenaan telah menyatakan bahawa setelah wang tersebut dikeluarkan daripada baitulmal bagi kegunaan zakat kepada mereka bertiga untuk belajar maka wang zakat berkenaan tidak boleh dimasukkan kembali ke dalam baitulmal. Maka wang zakat berkenaan tetap menjadi milik mereka bertiga tetapi oleh kerana telah tinggalkan negeri berkenaan, maka raja berkenaan telah menggunakan wang zakat berkenaan bagi menubuhkan Madrasah Az Zahrah. 

Walaupun mereka tidak mahu mengejar nama tetapi mahu terus mengejar ilmu tetapi Allah SWT kemudiannya telah angkat darjat mereka dengan tinggi dengan seluruh orang Islam memperingati nama dan jasa mereka. 

Anda tahu di mana lokasi Madrasah Az Zahrah yang ditubuhkan menggunakan wang zakat mereka?. Sudah tentu anda tidak sekali-kali akan temuinya kerana ia adalah asas penubuhan kepda satu jami'u (universiti) dan ia tidak dinamakan Madrasah Az Zahrah lagi tetapi dikenali sebagai Jamiu Azhar (Universiti Azhar, Mesir)

Kisah Kedua -  Diceritakan oleh Al Hassan bin Umran bin Uyainah iaitu anak saudara Imam Sufyan bin Uyainah bahawa beliau ada menemani Imam Sufyan bin Uyainah semasa berumur 91 tahun ke Mekah membuat Haji pada tahun 197H. Apabila sampai di Muzdalifah selepas selesai di Arafah, Imam Sufyan bin Uyainah sembahyang dan setelah selesai beliau berbaring untuk tidur dan menyatakan sesuatu kepada anak saudaranya itu. 

Antara lain katanya;
"Aku telah hadir di sini (Muzdalifah) sebanyak 70 kali (70 kali haji selama 70 tahun). Setiap kali aku sampai, aku akan berdoa kepada Allah SWT agar tidak menjadikan lawatan Haji ini adalah lawatan kali terakhir. Sudah 70 kali aku memohon perkara yang sama. Aku amat malu untuk memohon perkara yang sama."
Ulama besar itu telah meninggal dunia pada tahun tersebut sebelum musim haji tahun 168H. Ulama hadis berkenaan dikebumikan di Al Hajoon, Mekah.

Kita nak jadi muhadisin pun tak layak. Siapa mereka untuk diperlekehkan, maka cuba kenali mereka sebolehnya melalui ilmu dan perjuangan mereka.





Tuesday, February 1, 2011

Padang Mahsyar: Macamana nak delete amalan buruk?


Malam itu Ustaz membicarakan soal lain tetapi sana sini membicarakan soal amalan buruk dan apabila isu amalan buruk ini digabungkan dengan kematian dan hisab amalan di Mahsyar, Ustaz membicarakan bagaimana setiap individu akan dibacakan amalannya.

Persoalan ditimbulkan adakah semua amalan buruk akan ditayangkan di hadapan semua. Jawapan yang diberikan adalah YA dan TIDAK.

Ya kepada orang kebanyakan manakalan Tidak untuk orang yang Allah SWT memberikan satu hijab bagi amalan buruk berkenaan daripada ditayangkan.

Kata Ustaz, kalau semua perkara buruk Allah SWT tayangkan adalah tidak logik kerana ada antara mereka adalah mereka yang benar-benar bertaubat dan diangkat darjat mereka lebih tinggi. Semua manusia tidak terlepas daripada dosa malah antara mereka yang berdosa boleh bertaubat dan diangkat martabatnya melalui takwa. 

Contoh Saidina Umar RA diberikan bagaimana asalnya beliau sebagai penentang Islam malah ramai sudah syahid ditangannya. Namun Umar mampu mengubah kesemua itu apabila beliau tertarik kepada Islam dan menjadikan dirinya seorang yang amat hebat dalam imannya. Bukan itu sahaja, martabatnya ditinggikan oleh Allah SWT dengan dijadikan salah seorang yang dijanjikan syurga.

Ustaz pun berkata yang Rasullulah SAW mengajar kepada umatnya 2 perkara untuk menghilangkan amalan buruk itu dibaca kemudian hari dan mengampunkan dosa-dosanya. Pertama dengan mengamalkan istigfar sebanyak mungkin dan Kedua, tidak membuka aib orang..

Uichi Gaban hanya mendengar dan mencatat. Kali ini perkongsian dibuat bagi kemudahan dan ingatan kepada diri sendiri mahupun rakan-rakan.

Kuliah Maghrib Ustaz Dahim
Setiap Ahad

Wednesday, January 26, 2011

Majlis Bicara: Madu Atau Racun


Sekadar perkongsian majlis ilmu yang bakal diadakan di Puchong untuk pertimbangan menghadirkan diri. InsyaAllah kalau Uichi Gaban free, sampailah malam tersebut. 

Tapi kalau malam tersebut latihan silat seperti biasa gamaknya, sekadar berkongsi sahajalah.

Cuma Uichi Gaban terkilan dibuat di kawasan lapang bagi majlis ilmu sebegini sedangkan masjid yang sedia ada lebih selesa dan besar. Setakat hari ini tiada lagi majlis ilmu yang kehadirannya melimpah sampai ke tangga, maka penganjuran di kawasan luar akan membazirkan kewangan dan masa. Selain tidak menggalakkan orang Islam ke masjid. 

Sunday, July 25, 2010

"Alam Ghaib & Jin" - Kuliah At Takiri di Masjid Kota Damansara 25.07.2010

Gambar kredit kepada Luqman Khairi

Kuliah Maghrib Masjid Kota Damansara (seksyen 5) pada 25.07.2010 akan disampaikan oleh Ustaz Khairuddin Aman Razali At Takiri daripada Darul Fuqaha dalam mengupas tajuk Alam Ghaib dan Jin.

Waktu - Kuliah Maghrib


Harap dapat meramaikan majlis ilmu tersebut. Warga Kota Damansara yang jarang turun masjid tu, bawa-bawa ke situ
Older Post ►