Friday, November 10, 2017


"Apa kebaikan dan keburukan jadi peguam berdasarkan pengalaman Tuan?"

KEBAIKAN:

Jarang peguam menganggur atau tiada kerja sebab kerjaya peguam skopnya luas. Samada luas bidang yang cakupi dibuat peguam atau jenis kerja perundangan yang dibuat.

Merujuk kepada di atas, pintu rezeki lebih luas kalau rajin berusaha.

Kerana luas skop kerja dan lesen peguam, anda juga boleh khaskan kerja anda sebagai kepakaran anda. Contoh anda tak suka bidang guaman jenayah atau sivil (kerja libatkan Mahkamah), maka anda boleh tumpukan kepada conveyancing, korporat, setiausaha, pendaftaran profesional dan sebagainya. 

Komuniti peguam adalah mesra. Maksudnya selain bantuan dalam bidang kerja mudah, sumber-sumber untuk bidang ini boleh diminimakan kos bagi keuntungan yang maksima.

Anda boleh buat banyak kebajikan melalui kerja perundangan melalui badan guaman atau secara persendirian atas pilihan dan kemampuan ruang masa anda.

Banyak lagi..

KEBURUKAN:

Peguam kerja dalam tekanan dan 100% melibatkan masalah dan penyelesaian yang memerlukan idea dan kreativiti. Maka mudah sakit diabetes, darah tinggi, jantung dan sebagainya serta mood kelaut. Jadi kena pilih bidang guaman dan masa kerja yg sesuai.

Merujuk kepada yang di atas, kena ada pengurusan diri, masa dan emosi yang baik.

Orang mudah benci tanpa tahu basic profesional pun apatah lagi nature-nya. Tapi takpa, dalam hidup yg benci tu pun kena pakai lawyer. Nanti korang dapat "lawyer sial" "cap ayam" dan lain-lain. ðŸ¤£

Terikat dengan banyak diari. Diari peguam, klien, mahkamah, diari negara mahupun diari pihak pendakwaan. Bila banyak diari, nak cuti kena rancang awal-awal. Notis sekurang-kurangnya 2 bulan untuk cuti. Macam saya rancang untuk setahun. Sebab tu ada lawyer senior cakap "lawyer baik jangan sakit. Nak cuti mahkamah, mati terus" ðŸ˜¥

Banyak lagi tapi kita tambah sikit-sikit.

Terima kasih.

Visit:
fb.com/criminallawyermalaysia
www.hishamnazir.com
Instagram.com/hishamnazirdotcom

(Sebab ramai ðŸ‘» nak viral, kita buh sikit)

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►