Monday, November 13, 2017

"Apa sebenarnya maksud Tuan surat-surat masa cakap dengan PPIM" [disertakan url di bawah kepada saya tentangnya]
Banyak sangat pertanyaan seakan sama, jadi saya jawab ringkas. Apapun, baru saya tahu yang perbualan itu on speaker dan bukan Hisyam seorang yang bercakap.
Dikenalkan seorang sebagai Ustaz Halim ada hubungi melalui whatsapp untuk bertemu pihak CWC dan pengurusan utama tentang isu ini. Cadangan itu DITERIMA dengan besar hati tetapi kami mahu secara profesional dan lebih ke arah menyelesaikan masalah. Maka dicadangkan kepadanya agar satu SURAT diberikan agar sekurang-kurangnya kami tahu perbincangan melibatkan apa dan siapa supaya senang pihak kami menyediakan rekod dan teliti masalahnya. Logiknya kami pun perlu tahu siapa yang datang dan masa dan tarikh cadangan serta apa-apa yang persediaan yang perlu. Tetapi permintaan kami untuk surat dan persetujuan kami itu DITOLAK terus dengan kecaman.
Adakah permintaan saya itu tidak profesional? Mungkin ada lawyer yang Bukan Cap Ayam boleh betulkan saya.
Bila dah jadi macam ni, tak pastilah samada niat mereka memang nak selesaikan masalah atau apa. Bukan urusan saya untuk komen tanpa fakta. Saya telah cuba mudahkan urusan semua pihak tapi maklumlah saya lawyer Cap Ayam dan tiada gelaran hebat bagai.
Alhamdulillah ala kulli hal.
[Ramai nak viral dengan kecaman ni. Hari tu semua yg kecam tak tulis, jadi saya tulis awal-awal:

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►