Showing posts with label PKPB. Show all posts
Showing posts with label PKPB. Show all posts

Thursday, November 19, 2020

[707.20] PKPB DISAMBUNG KESELURUH SEMENANJUNG KECUALI KELANTAN , PAHANG DAN PERLIS

 


Berita buruk bagi kerja sendiri bergaji hari dan majikan yg mempunyai kakitangan. Semoga Allah mudahkan kami.
Bagi kes jenayah, kesemua kes bicara kemungkinan akan dilapangkan (dibatalkan) kecuali pengurusan kes sahaja akan dibuat secara emel atau berdepan.
Prosiding melibatkan sivil akan diteruskan seperti biasa kecuali bicara akan dilapangkan. Arahan Mahkamah dan prosiding akan bergerak seperti biasa. Pengurusan kes akan dibuat secara ereview melalui sistem ecourt.
Sebarang pertanyaan mengenai kes anda boleh dibuat kepada www.wasap.my/60109647961
Hisham Nazir
Subang Jaya, 2020
+60139307961


Tuesday, November 3, 2020

[703.20] PKPB DAN RENTAS NEGERI


Bekal rentas negeri
Mahkamah Majistret sehingga Mahkamah Tinggi.
Daripada hukuman denda sehingga hukuman gantung sehingga mati.
PKPB tak boleh bawa teman driver. Jenuh nak drive seorang dalam 24 jam.


 

Tuesday, October 13, 2020

[688.20] PKPB - OPERASI PEJABAT

 


Operasi pejabat seperti biasa di dalam tempoh PKPB tetapi sebarang temujanji dan mesyuarat akan dibuat secara alternatif melalui ZOOM dan Whatsapp Video Call atau mana-mana alternatif atas talian yang lain.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi -


Wednesday, June 24, 2020

[𝟲𝟯𝟲.𝟮𝟬] 𝗙𝗜𝗥𝗠𝗔 𝗚𝗨𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗖𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗜𝗭


Sepanjang PKP dan 10 bulan ke hadapan memang akan memberikan cabaran getir kepada firma guaman terutama bersaiz besar.
Dengan masalah pendapatan berkurangan terutama firma besar yang bergantung kepada panel tertentu terutama bank-bank, pembayaran dan penstrukturan kembali kerja akan memberikan kesan kepada pendapatan, pembayaran dan jumlah kerja kepada firma guaman. Sekaligus memberikan impak kepada kewangan firma guaman.
Sehubungan dengan itu, pengecilan saiz firma sudut kerja, kakitangan, kewangan, operasi, overhead dan penjimatan lain akan berlaku. Selain itu, sudut penggabungan firma juga dilihat satu jalan efektif untuk lebih berdaya saing pada masa ini.
Namun, kesannya akan lebih ketara apabila kakitangan termasuk peguam mungkin kehilangan kerja. Tiada lagi atau akan berkurangan tawaran kepada Pelatih Dalam Kamar dan peguambela dan peguamcara.
Bagi mengelakkan kehilangan kerja dan bebanan kewangan firma, penstrukturan kerja dan gaji dengan skop kerja mungkin boleh dibuat dalam membantu firma guaman untuk bangkit semula.
Ada pemindahan premis firma dibuat bagi mengurangkan kos sewaan. Pemilihan barangan sewa beli seperti kelengkapan pejabat diperhalusi untuk kos yang lebih rendah. Penjimatan elektrik dan air dipertimbangkan.
Tiada kos dilihat akan dikurangkan kepada firma guaman, tetapi dilihat penyedia perkhidmatan akan memberikan khidmat lebih baik bagi menjaga klien yang ada seperti barangan pencetakan, pembersihan, item keperluan IT dan elektrik. Tiada nampak ketara bagi perkhidmatan yang bersifat monopoli seperti TM, TNB dan Syabas.
Menurut Majlis Peguam, bahang kian terasa apabila permohonan untuk pindahan pejabat, penukaran nama firma (pergabungan), dan penutupan firma kini dimohon.
Maka jika ingin melantik peguambela atau peguamcara, sila buat pemeriksaan kepada Majlis Peguam atau secara online di www.malaysianbar.org bahagian legal directory kerana mungkin firma guaman yang dilantik telah tutup atau peguambelanya telah menukar status kepeguamannya kepada firma guaman lain.
Bukan cakap kosong, dalam bulan Jun sahaja, terdapat beberapa kes sedemikian terjadi.
Setakat ini, apa yang kami tahu melalui rakan-rakan peguam, dilihat tiada kesan besar dilihat kepada firma kerana masing-masing cuba bertahan bagi mengekalkan kakitangan dan kerja yang ada. Selebihnya hanya 'bos' yang faham.
Namun, walaupun permasalahan kewangan timbul dan turut dirasai oleh peguamcara dan peguambela, nilai fee guaman semasa tidak semestinya berubah. Kalau ada yang berfikiran sedemikian.
Akhir kata, Gunakan khidmat firma guaman tempatan! 😆 (Di Malaysia ada firma antarabangsa)

Monday, June 15, 2020

[𝟲𝟮𝟴.𝟮𝟬] 𝗡𝗢𝗥𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧


Semenjak PKP/B ini, mesyuarat dan kelas guaman banyak dibuat secara #online.
Bila dah start operasi firma, kami masih tidak menerima tetamu dna mengelakkan percampuran dengan pihak ketiga. Malah ciba meminimakan kehadiran #mesyuarat.
Kami cadangkan mesyuarat macam ini. Melalui #zoom, #meet atau #whatsapp video call sahaja.
Bukan antara daerah, boleh meeting antara negara lagi. Hari ini meeting dengan orang Malaysia, Singapore, Indonesia dan China.
Lepas ni boleh pakai ayat Phua Chu Kang, "𝒕𝒉𝒆 𝒃𝒆𝒔𝒕 𝒊𝒏 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝒂𝒏𝒅 𝒔𝒐𝒎𝒆 𝒔𝒂𝒚𝒔 𝒊𝒏 𝑪𝒉𝒊𝒏𝒂 𝒐𝒍𝒔𝒐"
Older Post ►